A Flawless Smile

Ouhai!


Hi, you're the luckiest , welcome to Dracula port. Be nice here. Do follow, or I'll hunt you, aha. Thanks buddy ;)


Home About
Follow me! ;)
Ma Love

Big Claps


Done by: Zee

Crush crusher ♥

Assalamualaikum and hi guys :) Hew, meyh nak cerita sikit pasal crush. Baca dengan teliti okay? Nih wa mau cerita pasal crush tersayang intan payung yang aku sanjungi. Haa tahu crush tu apa? Crush tu macam crusher, takkan tak tahu? Crusher yang ada jual dekat Kepci tu, ada perisa oreo chipsmore lemon. Sedap wo, sehingga menjilat ibu jari kaki. Tak percaya try ah. Lagi-2 dekat Kepci Kota Damansara nih. Pergh, dengan mamat handsome yang layan dekat counter tu kan, menambah kan crusher dia bertambah sedap enak dah nyaman. Ok mesti korang rasa nak amek penyapu jolok-2 screen laptop or pc korang sebab kroang tertunggu-2 apa yang aku nak tulis sebenarnya nih kan? Lek lu, sabar itu separuh daripada iman. Tengok, aku ajar korang untuk bersabar. Alhamdulillah :') Fuhh, dah dekat separuh page aku amik baru dekat pengenalan belum masuk topik sebenar dia lagi nih. Mesti korang malas nak baca kan? Haih, rilex laa, kitkat kan ada. Penat membaca? Maaf ye tuan puan sekalian. Aku amik udara in out in out dulu sebelum nak mulakan cerita sebenar benar benar dia nih. Almaklum lah, nervous sikit kalau bab nak cerita hal crush crush nih. Hal sulit nama pon, kan? Fuhh fuhh, crush tu actually seseorang yang kita suka dalam diam. Mesti korang pernah kan? Handsome tak crush korang? Cantik tak? Baik tak? Apa yang buatkan korang tertarik dekat crush korang tu? Rupa paras dia? Perangai dia? Hati dia? Or? Suka hati korang lah nak cakap apa yang buat kan korang tertarik dengan crush korang tu. Yang pasti aku tertarik dengan crush aku sekor nih sebab dia macam manja, jenis macam tak memaksa, sebab dia sendiri tak suka dipaksa, and so do i. Dan bla bla bla, takkan aku nak cerita semua yang aku tertarik dekat dia kot? Kantoi ah nanti lelaki idaman wa macam mana, kan? Kantoi memang aku amik buah tembikai tu baling kasi pecah, amik balik tutup muka cover sebab kantoi ciri-2 lelaki idaman. Entah, bagi aku saya me i, ciri-2 lelaki atau perempuan idaman yang kita minat, kita kena keep it secret poweber and eber until we meet out real soulmate, husband Fheww, kalau dengan husband wife kau, kau nak bagi tahu ciri-2 ka benci-2 ka apa benda alah mengarut sekali pon suka hati kau lah, asal kan kau tak sakit kan hati dia yang mencintai kau dengan tulus ikhlas suci lagi murni bak mutiara harum mekar. Fuhh Romantik lagi menawan menarik hati tak ayat aku? Hekhek. Back to my crush, crush aku nih comel taw, suka sangat tengok gambar dia yang satu nih. Entah lah. Nampak ayu handsome lagi menawan menambat hati ku yang telah lama tidak tertambat. Oh aduh crush ku :3 Okay mesti korang rasa macam nak ambik baldi muntah buang segala rasa geli geli korang baca ayat aku nih kan? Ah sekali sekali aku buat ayat macam tu pon kau kecah apeewww? Tapi actually aku baut ayat macam mana sekali pon aku tahu crush aku tu memang takkan dapat pernah sekali pon jadi milik aku sebab dia sendiri dah ada crush sendiri, hm :') Tapi takpe, aku cool. Aku wawa lah, pasal lelaki nih tak amik kisah sangat. Andai aku bersama dia sekali pon, bercinta bersayang macam nak mati, tapi kalau bukan jodoh dia dengan aku, tak ada guna jugak kan? Adik beradik yang dah lama saling mengenali pon boleh bergadoh apatah lagi pasangan yang baru kenal beberapa tahun, bulan atau hari, kan? Semua tu dalam tangan tuhan, kita redha jea apa pon yang jadi :'D

Dear crush, saya tahu awak suka perempuan lain kan? Dan saya dah dapat jangka siapa perempuan tu. Hm. She's more pretty then me, and she deserve you :') Awak, saya cuma nak tengok awak senyum bahagia disisi orang yang awak sayang. Saya taknak tengok awak sedih-2, takde mood tu semua. Awak, kalau awak perlukan apa-apa, nak luahkan apa-apa. Saya akan sentiasa ada untuk awak. Mungkin hati saya tercalar bilar sakit menusuk ke dalam kalbu bila dapat tahu awak ada crush lain. Tapi takpe, asalkan awak bahagia, cukup untuk saya ukir senyuman dibibir saya :') Alah, lagi pon kita still berkawan kan? Saya nak hubungan kawan ini kekal selama lamanya. And, kepada crush crush saya, faham kan maksud nih? -_- I mean, perempuan yang crush aku suka tu, haa kau, kau dah tambat hati dia, curi hati dia, buat dia jatuh hati dekat kau, apa lagi. Jaga lah hati dia macam mana kau jaga hati kau kay? Aku tak suka tengok dia sedih sedih bagai nih. Jaga hati dia taw? Jangan lah cepat sangat merajok jealous bagai, kesian dia tau. Dia sayang kan kau tu. Benda kecil jangan lah besar kan. Aku pasti nanti bila dia dah declare dengan kau, takde nya dia nak macam tu lagi dengan perempuan lain. Be cool jea kay? Jangan paksa dia sangat. Dia tak suka kan? :) 

Hm, okay. Maka tamat lah drama bersiri episod crush the crusher pada kali ini. Semoga dapat memberi sedikit manfaat kepada pembaca semua. Dan kepada crush, saya sayang awak. Ingat tu taw NF? What what? Termention capital NF ah :3 Fuhh fuhh, mohon butakan mata anda sekarang. Hahaha.Okay abaikan jea capital apa, sebab entah betul ke tak tu. Mana tahu aku kencing korang jea sebab nak bagi excited sikit kan? So biar lah rahsia siapa crush intan berlian permata payung cinta akhir dan awal aku tu. Faham? Ok dah,  assalamualaikum guys. Byee, brb :D

Segala jenis perbuatan yang telah engkau buatkan, membuat ku rasa kosong kosong.